Err.. Klik?

my stalkers

Cite Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Novel Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Thursday, 27 October 2011

Bab 6 : Mrs. Ustazah

            “Kakak, umi nak tanya ni.” Umi membuka mukadimah ayat pagi itu. Aku mengangkat muka memandang wajah umi di hadapan. Rasa macam kena soal siasat dengan ISA pun ada!


“Err… ada apa, mi?” soalku takut-takut. Roti bakar berlepa kacang terasa kesat menuruni kerongkong.
“Kakak dengan Hakimi, anak Cik Rina tu, ada apa-apa ke?” Serius wajah umi ketika menanyakan soalan membunuh itu kepadaku.
Aku menggaru kepala yang tak gatal di sebalik tudung krim yang melitup kepala. Mampus aku! Nak jawab apa ni? Nak ikut plan semalam ke ni? Atau…
“Kenapa umi tanya ni?” soalku kembali dalam tawa yang dibuat-buat. Roti bakar kugigit kecil.
“Umi bukannya nak menghalang atau apa. Tapi, kita orang Melayu, beragama Islam lagi. Umi tak suka tengok kakak keluar dengan dia tanpa apa-apa ikatan. Kakak faham kan?” Lembut suara umi menampar gegendang telingaku tetapi memberi impak yang besar terhadap jantungku.
Adoi! Aku nak jawab apa pulak ni? Ke, senyum je lah.
Aku tayang sengih. “Okeylah, mi. Kakak gerak dulu. Karang lambat pulak keluar, jammed sampai sekolah,” ujarku mencari alasan untuk melarikan diri. Beg sandang dari atas tempat duduk sebelah kucapai.
“Hurm, itulah dia. Orang cakap sikit, mengelat ja kerjanya. Iyalah, bawa kereta tu elok-elok,” pesan umi sewaktu aku bersalaman dengannya. Kedua-dua belah pipi umi, kucium mesra.
“Kakak…” umi masih belum melepaskan genggaman tanganku.
“…kakak fikirlah yang mana baik, yang mana buruk. Kakak dah besar panjang pun. Umi yakin seyakinnya dengan kakak,”ujar umi. Alaaa… Kenapa pagi ni macam sedih semacam pulak ni… Aku nak nangis!
“Erk?! Uhu… Ye lah, mi. Assalamu’alaikum…” ucapku dan terus melangkah ke luar melintasi ruang tamu. Gila! Aku nak buat apa ni?
***
           “Aufa, handphone kamu bunyi tu,” teguran Cikgu Ainun menyedarkan aku yang leka berkhayal
            “Huh?” soalku binggung.
            “Telefon, bunyi,” Cikgu Ainun membuat isyarat telefon dengan ibu jari dan jari kelingkingnya. Aku pantas mencapai gadjet yang tak henti berdering di atas mejaku. Tertera nombor yang tak kukenali pada paparan skrin.
            “Hello, assalamu’alaikum,” ucapku dari corong sebelah sini.
            “Heyya! Salam,” ucap gerangan di sebelah sana.
            Aku mengerutkan dahi dan memandang semula skrin telefon bimbitku. Ini mat saleh mana lah pulak yang telefon aku pagi-pagi ni, huh?
            “Err… Yes, sir. May I help you?” Sudah macam operator Streamyx sahaja gelagatku.
            Terdengar deheman dari corong sana. Aku masih setia menanti.
            “Well, be my wife?”
            “Hah?!” terlopong aku dibuatnya. Gila ke apa mat saleh tak soleh ni. Ada ke patut tanya aku nak jadi bini dia ke tak?
            Terdengar tawa dari hujung talian. Aik?! Kenapa ketawa ni macam familiar je. Jangan-jangan…
            “Kimi!” Suaraku naik dua oktaf. Ketawanya makin galak. Tak salah lagi!
            “Gotcha!” ujarnya masih dalam sisa tawa. Ceyh! Tak guna punya mamat! Dia kenakan aku. Ingat ini Hitz.fm ke apa, nak gotcha-gotcha bagai! Isy! Aku cepuk kang!        
“Hee… You ni kan, gedik tahap petala lapan dah tau tak? Isy! Geram betul!” ujarku tidak puas hati.
            “Ala… Baru lapan, belum dua puluh lagi,” ujarnya selamba dan kemudian tawanya meletus lagi. Isy! Mangkuk ni kan…
            “Nak apa call I ni?” Malas mahu memanjangkan bicara, aku get straight to the point terus. Lagipun, memikirkan Cikgu Ainun yang sesekali mengerling ke arahku, membuat aku tidak selesa. Nanti, cikgu fikir bukan-bukan pulak!
            “I’m coming this Saturday,”
            “Bo?! (apa)” Aku tak percaya…
            “Hari Sabtu ni family aku nak datang,” tuturnya kembali. Umi… Aku betul-betul rasa nak nangis sekarang ni. Aku tak nak…
            Aku mula mencongak dengan jari. Hari ini hari Jumaat… Esok Sabtu…
            “Hah? What?! Esok Sabtu?! Maknanya, esoklah?!” Aku mulai panik.
            “Oh! Really? Tak perasan lah pulak. Hmm…maknanya esoklah,” tuturnya selamba. Tiada langsung nada risau pada setiap tutur katanya. Dia tak tahu ke jantung aku sikit lagi nak tercabut?
            “Waaa… Tak boleh, tak boleh! I tak ready lagi ni,” Esok dah Sabtu. Skrip satu apa pun aku tak buat lagi ni… Umi…
            “Lah… Nak ready apa kebendanya pulak? Kau ready badan dengan mulut dah lah…”
            “Amboi… senangnya you cakap, kan? Be in my shoes, then you’ll know how it feels like,” ujarku sambil bersandar pada kerusi.
            “Mengada lebih,” omelnya. Walaupun perlahan, telingaku masih mampu menangkap bait-bait tersebut.
            “Ceyh! Dia tu yang anak manja,” balasku pula.
            “Mana ada manja…” balasnya pula.
            “Ceyh! Lagi mau nafi, ke?”
            “Tak ada!”
            “Ada!”
            “Tak ada!”
            “Ada!”
            “Tak ada! Tak ada! Tak ada!” Macam anak kecil saja bunyinya.
            “Ada! Ada! Ada!” sahutku tidak mahu menyerah.
            “Kay, bye!”
            “Aik?! Hello? Hello? Mr!” Malangnya, panggilan sudah diletakkan. Adus! Mampus aku. Macam mana ni? Itulah, kerana mulut, badan binasa. Allah…
***
            Aku mengenakan blouse labuh berwarna krim dan seluar slack hitam longgar dipadankan dengan tudung labuh bidang 60 berwarna krim berabstrak merah. Kertas yang hampir lunyai di tangan dibaca untuk kesekian kalinya. Walaupun aku tidak menghidupkan pendingin hawa mahupun kipas angin, namun tubuhku terasa sejuk sekali.
            Tinta biru bercoret Plan A itu dibaca berulang-ulang kali. Kalah nak ambil peperiksaan SPM, tahu? Plan B pula ditelek sekali lagi.
            Tok! Tok! Tok!
            “Kakak, diorang dah sampai dah.” Wajah Ulia tersembul di balik daun pintu. Aku cepat-cepat menyembunyikan ‘nyawa’ aku.
            “Hah? Err… Okey!” ujarku dalam senyum yang dibuat-buat. Walhal hati dah berdegup bagai nak rak! Macam nak tercabut pun ada!
            “Cepat sikit!” pesan Ulia sebelum melangkah pergi.
            “Okey, Aufa... Senyum!” Aku menguntum senyum di hadapan cermin. Terasa kelat, tawar tak bergula.
            “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah… Bismillahi tawakkaltu ‘alallah… Bismillahi tawakkaltu ‘alallah… Allahu Akbar!”
***
            “Cik Rina,” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Cik Rina menyambut huluranku dengan mesra. Aku beralih pula kepada Cik Kamal di sebelah. Senyuman kuhadiahkan seadanya. Kemudian, mataku meliar ke sekeliling ruang tamu. Mencari gerangan yang satu, pastinya. Di manakah geranganmu, wahai ‘prince charmingku’? Aku melabuhkan duduk bertentangan dengan Cik Rina.
            “Cari siapa, Aufa?”
            “Ya?” Aku mengalih pandang ke arah Cik Rina.
            “Kimi ke? Kimi dia keluar ke kedai kejap. Kejap lagi sampailah tu,” ujar Cik Rina. Yang aku ni, dah tak tahu nak sorok muka kat mana dah. Malu, jangan tanyalah! Nampak sangat ke yang aku cari dia?
            “Eh! Taklah. Patutlah dunia rasa aman bahagia je,” balasku sekadar menutup malu. Aku menguntum senyum bahagia yang dibuat-buat.
            “Dalam hati ada taman, mestilah bahagia. Tak gitu, Ju?” usik Cik Rina. Umi kulihat tersenyum simpul. Adus! Asyik-asyik aku yang malu. Asyik-asyik aku! Bilalah mamat tu pulak nak malu ni?
            “Salam…” laung seseorang dari luar. Sudah kutahu siapa empunya suara. Buaya bunting dengar pun tak jadi bertelur!
            “Wa’alaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh!” lantang kubersuara memenuhi segenap ruang tamu pagi itu. Riak terkejut pastinya terpamer pada wajah Cik Rina dan Cik Kamal. Harap-harap mereka tak jadilah nak ambil aku sebagai menantu.
            “Haa, Kimi! Mana barang yang kamu beli?” soal Cik Kamal setelah Hakimi bersalaman dengan ayah. Eleh! Bajet budak baik lah konon!
            “Tak beli apa sangat pun,” balasnya kembali. Aku sekadar mencebik penuh meluat! Kenapalah dalam banyak-banyak tempat duduk, sebelah ibu dia juga yang dicari? Manja… manja…
            Kemudian, umi dan ayah ramah bersembang dengan Cik Rina dan Cik Kamal. Aku yang tidak tahu meyampuk atau dengan erti yang lain, malas nak menyampuk, berbalas isyarat dengan Hakimi. Seketika kemudian, kulihat dia bangun dan mengisyaratkan aku supaya mengikutnya. Sejujurnya, aku agak hairan dan pelik. Benarkah Cik Rina hendak jadikan aku sebagai menantunya? Kalau benar, kenapa tiada langsung tanda-tanda yang dibawa bersama? Macam, cincin ke? Dan yang lebih memelikkan aku, perbualan mereka hanya berkisar isu-isu semasa, turun naik harga getah, kelapa sawit. Itu saja. Tak adalah pulak menjurus ke arah pertunangan atau perkahwinan ini. Senang cakap, bab jodohlah! Boleh pakai ke kata-kata mamat ni? Musykil! Musykil!
            “Haa… Kamu berdua nak ke mana pulak ni?” soal Cik Rina sambil memandang kami berdua silih berganti. Baru sahaja aku ingin menjawab, Hakimi sudah menyampuk.
            “Nak keluar jap, bu. Ambik angin,” balasnya penuh hormat.
            “Iyalah, jangan lama-lama sangat. Kejap lagi dah nak mula…”
            “Eh, Kimi! Jom!” gesaku sebelum sempat umi menyudahkan bicaranya. Bukannya aku 
cuba berlaku kurang ajar atau biadap. Tapi, sungguh! Aku cuma mahu melarikan diri saat itu. Aku tak nak mendengar umi menyebut perkataan ‘pertunangan’ atau ‘perkahwinan’ di hadapanku. Aku takut! Aku tak nak!
            Aku mengatur langkah diikuti Hakimi ke suatu sudut yang agak terpencil. Bimbang seandainya umi dan yang lain dapat menghidu rancangan kami nanti. Aku melabuhkan dudukku di atas pangkin di belakang rumah. Bunyi deru air terjun buatan menampar lembut pendengaranku. Hakimi pula kulihat melabuhkan duduk di sebelahku.
            “Eh! Siapa suruh you duduk sini? Bangun! Bangun!” gesaku. Badannya kutunjal dengan telefon bimbit di tangan. Wajahnya masam mencuka.
            Dia merengus geram. “Kedekut! Macamlah tempat duduk ni ada tulis besar-besar nama dia. Huh!” balasnya geram sebelum bergerak ke arah kolam air terjun dan melabuhkan duduknya di atas batu besar di situ. Padan muka!
            “Memang pun. Tempat duduk ni, I yang punya. Puas hati?” balasku. Entah mengapa, asal duduk dengan mamat ni saja, mesti aku akan berperangai seperti budak-budak. Dialah punya angkara, suka sangat cari pasal dengan aku siapa suruh.
            “Kawin, kang!” ugutnya.
            Aku menelan air liur yang terasa kesat. Gulp! Kahwin? Erk? Tak nak!
            Melihatkan mukaku yang cuak seperti ayam berak kapur, tawanya meletus. Tak guna! Dia kenakan aku! Aku yang naik berang mencapai batu-batu kerikil dan kubaling ke arahnya. Dengan tangkasnya, dia mengelak. Dah tu! Boleh pulak dia bantai gelak satu round lagi. Tak makan saman punya mamat!
            “Hoi! Dah lah weh,” sergahnya. Sisa-sisa kerikil di bahunya ditepis.
            Kemudian, aku lihat dia berdiri dan mula menapak ke arahku. Mencerlung matanya memandangku. Aku mulai panik! Semakin lama, derapan kaki itu semakin dekat. Matanya pula tidak berkelip memandang wajahku.
            “Hoi! Hoi! You nak buat apa, hah?” sergahku. Namun, tidak berhasil.
            “Hoi, Kimi!” sergahku lagi. Matanya masih setia tertancap pada wajahku. Waaaa…. Nak buat apa ni? Menyesal aku ajak dia ke belakang rumah.
            “Tol….” Belum sempat aku ingin menjerit meminta tolong, tiba-tiba dia melutut di hadapanku.
            “….long..” Pelik! Dia masih memandang ke arahku. Barulah sekarang aku merasakan aku lebih tinggi daripadanya.
            Seketika kemudian, dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Sebuah kotak sederhana kecil berwarna biru gelap. Kotak baldu itu kemudian dibuka. Buat seketika, hanya deru air terjun mengisi ruang suasana.
            “Ustazah, aku tahu mungkin apa yang aku buat ini salah. Dan aku juga tahu, aku ni memang tak layak untuk kau. Dan aku juga sedia maklum yang kau tak suka dekat aku. Kita ni bagaikan langit dan bumi. Tapi, sudikah kau menjadi…”
            Aku telah air liur. Sudah! Apa pulak kali ni? 
            “…menjadi..?” soalku teragak-agak. 
            “…menjadi…” Dia berjeda lagi.
            “…adik angkatku?”
            “Hah?” Aku melopong. Benarkah apa yang kudengar ini? Mamat ni nak aku jadi adik dia?
            “Isy…isy…isy… I rasa kan you ni memang dah putus fius lah. You ingat ini drama ke apa? Dah-dah! Stop all these nonsenses! Sekarang apa plan kita? I tak nak kawin dengan you…” balasku selamba. Aku tak akan mudah terpedaya dengan mamat ni lah. Dah banyak kali sangat dia kenakan aku.
            Hakimi kulihat masih statik melutut di hadapanku. Tangan kanannya juga masih setia memegang bekas baldu berwarna biru gelap itu.
            “Mr! I tak sukalah you buat macam ni. Can’t we be more serious? Bangunlah!” gesaku. 
             “Ustazah, wear this,” dia mencapai sebentuk cincin bertatahkan berlian berbentuk rama-rama. Cantik!
            “Hah?”
            “Pakai,” arahnya. Cincin itu disua kepadaku. Teragak-agak aku ingin menyambutnya. Ini plan apa pulak ni? Kenapa dia tak bagitau semalam pun!
            “Kenapa nak kena pakai pulak?” Cincin itu kubelek. Memang cantik.
            Kemudian, dia memandang ke kiri dan kanan sebelum bersuara. Dia menceritakan dari A sampai Z tentang rancangan yang bakal dilaksanakan sebentar lagi. Aku mendengarnya dengan teliti dan sesekali aku mengangguk mengerti. Insya-Allah, aku akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.
            “Faham?” soalnya. Cincin yang lagi satu di dalam baldu itu pula disarungkan ke jari manisnya.
            Aku hanya mengangguk lemah. Tiba-tiba, hatiku disengat perasaan sayu dan hiba. Benarkah keputusan yang aku ambil ini? Boleh percayakah kata-kata mamat ini? Aku risau… Kemudian, perlahan-lahan cincin itu kusarungkan ke jari manisku. Muat! Pandai dia agak saiz jari aku.
            “Are you ready?” soalnya. Dia sudahpun berdiri dan menepuk perlahan seluarnya bagi menghilangkan pasir yang melekat.
            “Insya-Allah…” jawabku perlahan. Aku mengetap bibir bawahku.
            “Good, jom!” ajaknya. Aku bingkas bangun dari dudukku. Setiap langkah diselangi dengan zikrullah. Allah…Allah…Allah…Ya Allah!
            “Okey, ingat. Jangan sampai fail kali ni,” pesannya sebelum kami bergerak masuk ke dalam rumah. Aku mengangguk cuma.
            “Okey, Aufa. Ingat, kali ini saja. You can do it! Senyum, Aufa, senyum!” Aku menyedapkan hatiku sendiri. Dengan lafaz basmallah, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, hanya cawan-cawan yang mengisi ruang pandangan. Tampaknya, umi dan ayah serta yang lain sudah bergerak ke meja makan. Bismillahirrahmanirrahim…
            “Diorang dekat meja makan kot, this way,” tuturku perlahan kepada Hakimi. Dia mengangguk seraya membuntutiku dari belakang.
            Aku menyembunyikan tanganku di belakang. Begitu juga dengannya.
            “Haa… Aufa, Kimi. Marilah duduk sini,” pelawa Cik Rina sebaik sahaja kami melangkah masuk ke ruang makan. Adus! Tak sampainya hati. Betulkah aku nak buat ni?
            “Ya?” Aku termangu seketika. Aku mengalih pandang ke arah Hakimi di sebelah kiriku. Dia mengangguk. Aku pun mula menapak ke arah meja makan. Hakimi pula setia di sampingku. Aku tidak jadi melabuhkan dudukku, sebaliknya bergerak ke hujung meja makan, setentang dengan ayah. Hakimi berdiri di sebelahku.
            “Kenapa dengan kamu berdua ni?” soal ayah. Yang lain mengangguk setuju.
            Aku memandang Hakimi. Dia mengangguk. Okey, satu…dua…tiga!
            “Umi,” aku bersuara.
            “Ibu,” suara Hakimi pulak.
            Aku lihat umi dan Cik Rina tersedak. Kaget agaknya. Iyalah, pasti mereka fikir aku sedang buat pertunjukan ‘Berduet bersama Kimi!’ secara langsung.
            “Ayah,” giliran aku pula. 
            “Abah,” sahut Hakimi lagi.
            “Adik,” ujarku.
            Kesemua mereka tercengang-cengang. Bila difikir balik, terasa bodoh lah pulak idea mamat ni. Ada ke patut suruh aku dengan dia bergandingan bersama-sama?
            “Kamu berdua ni, kenapa?” soal umi. Sudah tentu hairan mengisi benaknya. Umi pasti berfikir, kenapalah anak dia jadi macam ni hari ni, kan?
Aku menyuakan tangan kiriku yang tersarung elok cincin tadi sambil memejam mata. Takut melihat reaksi yang lain pastinya. Begitu juga dengan Hakimi. Aku dapat merasakan dia menyuakan tangan kanannya. Dah macam latihan tai chi lah pulak. Tiba-tiba, suasana bertukar sunyi. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Buntang mataku melihat reaksi umi dan ayah. Kenapa mereka semua tak marah pun?
            “Apa ni, kakak?” soal umi, pelik.
            Aku mengerutkan dahi seraya menggaru kepala yang tak gatal. Aku memandang ke sebelah kiriku. Hakimi turut menjungkit bahu tanda dia turut berasa pelik dengan reaksi mereka semua.
            “Ini, cincin kami berdua,” ujar Hakimi. Aku rasa macam nak hempuk saja kepalanya saat ini. Cuba cakap terus-terang sikit.
            “Cincin? Cincin apa pulak ni?” soal Cik Rina pula. Sekarang, semua mata memandang ke arah kami. Aku diserbu perasaan bersalah yang amat!
            “Cincin lah. Cincin adik dan abang angkat,” tutur Hakimi. Yang lain pada gelak. Aku semakin hairan. Kenapa tak ada sesiapa pun yang nak marah?
            “Kakak, lawak apa yang korang buat ni?” soal Ulia. Dia memegang perut menahan senak agaknya. Dapat kulihat matanya berair. Itulah, ketawa bagai nak rak.
            “Apa yang lawaknya? Kami serius ni,” ujarku. Ketawa mereka meletus lagi. Aku merengus geram. Aku memandang Hakimi memohon penjelasan. Tetapi, riak wajahnya menyatakan bahawa dia turut tidak tahu apa yang sedang berlaku.
            “Kenapa tiba-tiba nak jadi adik abang pulak ni?” tanya Cik Kamal. Semua mata menanti jawapan kami. Aku menelan air liur.
            “Sebab…” aku berjeda seketika. Tangan naik menggaru kepala yang tak gatal.
            “…sebab…?” soal ayah.
            Aku menarik nafas dalam-dalam.
            “Kimi cakap…Cik Rina…nak…” Aku merapatkan jari telujuk tangan kanan dan tangan kiriku.
            “Nak apa, Aufa?” soal Cik Rina.
            “Nak… tunangkan Aufa dengan Kimi,” tuturku perlahan. Pandangan kuhalakan ke arah kaki. Malu hendak bertenatang mata dengan mereka semua. Sumpah! Aku malu yang amat dah ni!
            Sekali lagi, tawa mereka semua meletus. Aku mengangkat wajah. Aduh! Kenapa semua pakat gelak je ni? Hari ini hari gelak sedunia ke apa?
            “Aufa…Aufa… bila masa pulak Cik Rina cakap macam tu?” soal Cik Rina kembali kepadaku setelah tawanya reda. Aik?! Tak pernah! Maksudnya…
            Aku memandang Hakimi. Dia turut memandang aku.
            “Tapi, hari tu ibu cakap,” Hakimi berjeda sebentar. Aku mulai panik! Janganlah cakap dia salah dengar.
            “Cakap apa, Kimi?” soal Cik Rina.
            “Ibu cakap…”
            “Tapi kan, Rina. Rasanya tak salah kalau kita satukan mereka berdua ni. Lagipun, mereka pun nampak serasi ja,” Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, umi sudah memotong. Ah, sudah! Bala apa pulak sekarang ni? Aku dan Hakimi memandang pelik ke arah umi.
            “Tapi, mi…”
            “Betul jugak tu, mi. Adik pun rasa kakak dengan abang Kimi ni comel ja kalau berdua. Kan, yah?” sampuk Aufa pulak. Aku menjegilkan mata ke arahnya. Boleh pulak selamba badak dia menjelirkan lidah ke arahku. Adik! Aku melurutkan pandangan ke arah ayah. Ayah kelihatannya mengangguk setuju. Tidak!
            “Ibu…”
            “Kalau macam tu, benda elok macam ini, tak elok kita tangguh-tangguhkan lagi. Macam inilah, kalau Ju dengan Madi setuju, esok kami datang lain. Kita bincang pasal benda ini. Anak-anak pun dah setuju. Tak gitu, Aufa, Kimi?” soalan demi soalan menujah benakku.
            “Cik Kamal…” aku bersuara lirih.
            “Alah… Diam tu tandanya setuju lah tu. Ye tak, Aufa?” ujar Cik Rina sambil memandangku. Aufa tak setuju…
            “Okeylah, kalau macam tu, kami mintak diri dululah. Kalau tak ada aral melintang, insya-Allah, esok kami datang lagi. Terima kasih lah Ju, Madi,” tutur Cik Rina sebelum bangun dan bersalaman dengan umi. Ulia turut bergerak dan bersalaman dengan Cik Rina. Aku masih kaget. Terdiam seribu bahasa. Apa yang berlaku ni?
            “Kimi, salam…” tegur Cik Kamal. Hakimi yang tadinya turut tercegat di sebelahku bergerak ke arah ayah. Tangannya dihulurkan.
            “Kakak…” panggil Umi pula. Aku bergerak ke arah Cik Rina dan tangan tua itu kukucup penuh hormat. Aku rasa nak nangis sekarang jugak!
            “Aufa, terima kasih kerana sudi terima anak ibu,” tutur Cik Rina sekadar untuk pendengaranku. Aku terpana. Wajah manis Cik Rina kutatap penuh hiba.
            “Cik Rina, Aufa…” belum sempat aku ingin menerangkan hal yang sebenar, tubuhku dirangkul kemas oleh Cik Rina.
            “Ibu balik dulu. Sekali lagi, terima kasih, Aufa,” ujar Cik Rina setelah rangkulan dilepaskan.
            Kemudian, kami bergerak ke pintu rumah. Terpamer riak kebahagiaan di wajah umi, ayah, Cik Rina dan Cik Kamal. Sejujurnya aku katakan, aku sendiri tidak pasti tentang perasaanku waktu itu. Dari lirikan anak mata, dapat kulihat, wajah muram milik Hakimi. Adakah dia juga berperasaan sepertiku waktu itu? Aku masih tidak dapat menerima apa yang telah berlaku sebentar tadi. Semuanya berlaku begitu pantas. Kalaulah, aku tak setuju dengan rancangan bodoh Hakimi ini. Kalaulah, aku tak terima bulat-bulat apa yang dikatakannya. Kalaulah, aku boleh lari menyorok bawah selimut. Kalaulah, aku boleh putarkan kembali masa. Kalaulah… Ya Allah! Benarlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…badan binasa! Yakinlah dengan qada’ dan qadar Allah. Aku hanya mampu berserah pada-Mu, Ya Allah!
***

1 comment:

  1. adoiiii...kelakar tergolek2 bc n3 ni...ader ke mcm tu plak...idea bdk2 jer...hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih! :D