Err.. Klik?

my stalkers

Cite Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Novel Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Sunday, 13 November 2011

Bab 10 : Mrs. Ustazah

google search engine


         Seperti yang dijanjikan, malam itu aku mengajak Nina, sepupuku ke Butik Gladies yang terletak berdekatan area Ipoh Parade. Lebih kurang jam lapan suku malam, aku ke rumahnya yang terletak di Taman Ipoh Jaya. Bukannya apa, senang sedikit kalau bergerak sekali. Tidak payah memikirkan soal parkir kereta dan duit minyak. Nina mengenakan blaus paras punggung berwarna oren dan skirt labuh berwarna hitam. Memang manis sepupuku ini. Antara sepupu yang kukenali, aku paling rapat dengan Nina atau nama sebenarnya Karina Adelia ini. Memandangkan dia merupakan seorang anak perempuan tunggal, jadi banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Dari kecil hinggalah ke besar, persahabatan kami masih kekal dan kuharapkan agar sentiasa berkekalan.
            “Amboi, mak cik… Bersiap mengalahkan mak-mak datin!” selorohku. Kulihat dia menayang sengih menampakkan barisan gigih putihnya yang tersusun cantik.

            “Eh, biasalah! Aku ini kan datin-want-to-be. Kau kena faham itu,” balasnya selamba. Satu lagi perkara yang membuat kami serasi bersama. Nina ini pun otak gila-gila macam aku jugak. Itu belum lagi berjumpa dengan si Marmar tu. Kalau jumpa, sah aku angkat bendera putih awal-awal. Buku bertemu ruaslah katakan.

            “Eleh.. Datin-want-to-be konon! Datin apanya kalau perangai pun tak semenggah!” perliku. Klac ditekan seiring dengan penukaran gear. Kereta mula bergerak meninggalkan rumah Nina.

            “Kalau aku perangai tak semenggah pun, ikut siapa? Kau jugak yang ajar aku. Jangan nak main lepas tangan pulak. Habis madu, sepah dibuang!” ujarnya bernada geram. Aku tertawa halus. Kan aku sudah cakap, perangai dia ini pun ala-ala Marmar jugak. Memang masuklah!

            “Kalau nak kelentong pun berpada-padalah. Aku mana pernah makan sepah. Entah rupa macam mana pun aku tak tahu. Ada iras-iras kau tak?” usikku.

            Ketawa kami pecah. Celoteh DJ yang berkumandang dari radio kedengaran tenggelem timbul dek suara kami yang melonjak beberapa oktaf daripada kebiasaan. Inilah aku apabila bersamanya. Seorang gadis yang sempoi dan gila-gila. Sejujurnya kuakui bahawa aku bukanlah seorang gadis yang ternyata lemah-lembut selari dengan imej tudung labuhku. Aku tetap seorang gadis yang suka mengusik, suka berjenaka dan manja. Tak semua manusia sempurna, dan insya-Allah, aku sedang cuba memperbaiki diri sendiri.

            “Weh, Pa! Macam mana kau tiba-tiba nak bertunang dengan...” Aku mengalih pandang ke sebelah sekilas. Ternyata dahinya berkerut seribu.

            “Dengan siapa?” Mata kufokuskan semula ke hadapan.

            “Tu, apa entah nama mamat yang kau cakap kat aku hari itu?” soalnya kembali padaku.

            “Hakimi..” jawabku sepatah.

            “Haaa! Hakimi! Macam mana kau tiba-tiba nak bertunang dengan dia pulak? Kan ke kau dengan...” Dia berjeda lama di situ.

            “Azfar?” soalku padanya. Kebetulan pula, lampu isyarat sedang merah. Aku memandang wajahnya yang tampak serba salah sahaja. Dia mengangguk perlahan.

            Aku mengukir senyum payah. Tiba-tiba air mataku bergenang. Tetapi, cuba kutahan swadaya mungkin. Tak mahu air mataku tumpah lagi di hadapan gadis ceria ini. Cukuplah dahulu. Aku tak ingin mengenang semua itu lagi.

            “Aku mana pernah ada apa-apa dengan dia,” ujarku sekadar menutup perasaan sendiri.

            “Dia tak pernah cari kau?” soalnya lagi. Aku sebolehnya tak mahu membahaskan soal ini lagi. Sudah tujuh tahun. Cukuplah semuanya berakhir di sini. Tetapi, relakah aku?

            “Nope!” Jawapan ringkas kuberi. Kemudian, lampu bertukar hijau. Air mata yang bergenang di tubir mata pantas kuseka. Karang tak nampak jalan pulak.

            “Kau masih suka kat dia?”

            Soalan itu benar-benar membuatkan aku tersentak. Rasa yang dahulunya pernah memekar di hati kembali berbunga. Namun, cepat-cepat kutepis. Tak nak peristiwa yang lalu berulang kembali. Aku dah serik. Aku penat.

            “Pa… Kau marah aku ke? Okey-okey. Tutup kes. Kita buka cerita baru,” putusnya.

            “Isy! Tak adalah. Takkan angin tak ada, guruh tak ada, tetiba aku nak marah kau. Aku okeylah. Chill sudah,” balasku, seadanya.
             “Urm, baju tunang kau dah siap ke yang kita nak pergi ambil, ini?” Nina kulihat menekan punat radio.
             “Kelmarin Kak Ida call aku cakap baju dah siap cuma nak kena cuba dulu. Kut-kut nak alter kat kat mana-mana.” Soal Azfar dibiar sepi. Biarlah, malas aku nak fikir tentang itu. Mungkin bukan jodoh kami berdua.

            “Ooo.. Okey!” Nina menekan-nekan punat radio mencari stesen kegemarannya. Daripada stesen Cina, bertukar kepada stesen Melayu. Kemudian stesen Inggeris. Kemudian, stesen Melayu balik. Dia berhenti di situ. Suara dikuatkan. Celoteh DJ radio memenuhi suasana. Mataku masih difokuskan ke jalanan. Aku memang lebih suka diam sewaktu memandu. Sebab itulah, apabila di luar, mulut aku ini sudah macam murai tercabut ekor. Yelah, nak balas dendam balik sebab tak cakap banyak dalam kereta.

            “Waaaaa! Aku suka lagu ni!” Nina menjerit keriangan. Suara dikuatkan. Aku turut memasang telinga. Nak tahu juga lagu apa yang best sangat itu.

            Bagaimana cara membuatmu bahagia

            Nyaris kumenyerah jalani semua

            Telah berbagai kata kuungkap percuma

            Agar kau percaya cintaku berharga

            Tak kuatku menahanmu, mempertahankan cintaku

            Namun kau begitu saja, tak pernah merindu

            Sungguh aku tak bisa, sampai kapan pun tak bisa

            Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu

            Sulit untuk kubisa, sangat sulit ku tak bisa

            Memisahkan segala cinta dan benci yang kurasa

            Apa kau mengerti kusedih sendiri

            Tanpa ada kamu, kumerasa sepi

            Telah lama kumenantimu, diam sendiri menunggu

            Setengah hati mencinta, kusakit karenamu

            Hatiku sebak. Sebak yang teramat. Walaupun ini merupakan kali pertama aku mendengar lagu ini, namun kata-katanya seolah-olah terkena batang hidungku sendiri. Makin dihayati, aku semakin hanyut dalam perasaan ciptaanku sendiri. Sedangkan aku sedar, dia tak pernah langsung memikirkan diriku. Aku lemah, Ya Allah…

            Kereta dibelok masuk dan diparkir elok di suatu petak parkir yang masih kosong. Iyalah, kalau tak kosong, tak kan aku nak parkir kat situ pulak kan?

            Brek tangan ditarik. Lagu tadi pun sudah tamat berganti dengan lagu permintaan pendengar yang seterusnya pula. Enjin dimatikan. Aku cuba mengusir duka itu jauh-jauh. Senyuman kecil tersungging di bibirku. Aku harus bersemangat. Aufa boleh!

            “Jom darling,” ujarku pada Nina. Dia mencebik penuh meluat.

            “Darling konon!” Dia turut meleraikan tali pinggang keledar. Aku mencapai beg sandang berwarna coklat di bawah tempat duduk. Langkah keselamatan ye, adik-adik!

            Kami berjalan beriringan menuju ke Butik Gladies yang terletak di hujung deretan kedai dua tingkat ini. Baju labuh yang membaluti tubuh kubetulkan. Begitu juga dengan tudung hitam labuh yang melitup kepala.

            Pintu kaca yang besar gedabak itu kutolak dengan sepenuh tenaga. Tak adalah besar sangat. Berdeting bunyi alarm menandakan ada pelanggan yang masuk. Jangan tak tahu, ye. Bukan 7Eleven dan Kwik sahaja yang ada benda alah ini. Butik baju pengantin pun ada.

            Nina membuntutiku dari belakang. Aku menapak ke arah Kak Ida yang tampaknya sudah tersenyum lebar meyambut kedatanganku. Aku turut membalasnya mesra.

            “Aufa… Ingatkan nak datang Sabtu ini.” Itulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut Kak Ida.

            “Amboi akak! Bukannya nak tanya kita sihat ke tidak dulu. Masuk-masuk terus serbu soalan bisnes ye, kak?” usikku. Kak Ida atau nama sebenarnya Khaleeda. Kak Ida ini anak kepada kawan umi. Sebab itulah umi suruh aku tempah baju di Butik Gladies ini. Kak Ida ini pun memang aku kenal sangat. Dari aku sekolah menengah lagi.

            Kak Ida ketawa mendengar bicaraku. Anaknya, Alida di pangkuan dipeluk mesra. Alahai, comelnya!

            “Kalau nak menyakat orang memang menang kat kamulah. Yang cantik-ayu-molek ini, siapa?” Kak Ida memandang ke arah Nina di sebelahku. Demi mendengarkan Kak Ida berkata sedemikian, mulalah Nina tayang sengih macam kerang busuk. Meleret sahaja kulihat senyumannya itu.

            “Akak jangan nak puji sangat budak ini. Tengok, senyum sampai ke telinga!” ujarku sambil mencuit pinggang Nina. Dia menjeling geram kepadaku. Kak Ida pula tertawa halus. Alida di pangkuan turut tersenyum seolah-olah mengerti apa yang sedang kami bualkan. Padahal, baru tujuh bulan sahaja budak itu.

            “Eleh! Kau itu yang jealous! Dah tak ada orang nak puji, kau kenalah terima hakikat. Kan Kak Ida, kan?” tutur Nina kemudiannya. Aku menampar lembut lengannya. Kak Ida pula kulihat mengangguk laju. Amboi, dah jumpa geng nampak! Tak aci!

            “Mana ada… Aku nak jealous? Euw! Tolong sikit! Tak ada masa untuk semua itu, tau.” ujarku dengan gaya ala-ala model.

            “Tengok tu, Alida… Eeii! Aunty Aufa tak malu.. Dia perasaan dia comel.. Kan sayang, kan?” Kak Ida bermonolog sendirian dengan Alida. Alida ketawa apabila diagah-agah sebegitu. Nina dan Kak Ida turut ketawa. Aku merengus geram. Huh!

            “Dahlah.. Malas nak layan Kak Ida dengan Nina. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Nak merajuklah macam ini.” Aku menarik muncung panjang. Bajet merajuklah kononnya.

            “Alalalala… Ada orang merajuklah kak. Macam mana ini, kak? Siapa nak pujuk ini? Saya tak reti bab pujuk-memujuk ini. Bab perli-memerli saya tahulah!” Ketawa Nina dan Kak Ida pecah lagi. Aduh, salah masuk genglah pulak!

            “Alaaa… Apa payah. Telefon cik abang suruh datang pujuk sudahlah. Settle semua masalah.” Kak Ida makin galak mengusikku. Nina mengangguk setuju.

            “Amboi-amboi! Mentang-mentanglah jumpa geng satu kepala. Makin galak menyakat ye, kak? Dahlah. Jom, Alida. Tak payah kawan dengan diorang. Kita kawan dua orang saja sudah.” Aku tayang wajah cemberut. Alida di pangkuan mendepakan tangannya. Dia tersenyum menampakkan anak-anak gigi yang baru tumbuh. Memang cepat mesra betul budak ini!

            “Kak, Abang Malik mana?” soalku sambil mengendong si kecil. Aku membenamkan puncak hidungku ke pipi mulus milik si kecil. Geram betul! Dengan reben kecil berwarna merah jambu di atas kepala. Ya Allah! Rasa macam nak bawa lari balik rumah, lepas itu, peluk kuat-kuat. Comel sangat!

            “Abang Malik pergi survey stok kain baru. Maklumlah, cuti-cuti sekolah ini ramai yang ada majlis,” beritahu Kak Ida. Nina sudahpun melabuhkan duduknya di atas sofa empuk di sebelah Kak Ida. Majalah Pengantin di atas meja dibelek-belek.

            “Ohh.. Ha, akak! Lupa pulak. Mana baju saya. Teringin juga nak tengok. Cantik ke tidak,” ujarku sengaja mahu mengusik Kak Ida.

            “Berani kamu kata tak cantik. Nanti tunang pakai kain karung!” Kak Ida bangun dan bergerak ke deretan pakaian yang tergantung elok. Pakaian yang sudah ditempah disarung dengan plastik lutsinar di luarnya. Kak Ida memang mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan.

            Alida kuserahkan kepada Nina. Apalagi, tersegih-sengihlah mereka berdua. Alida ketawa mengekek apabila diagah-agah oleh Nina. Budak kecil suka gelak bertemu dengan budak besar suka mengusik. Elok sangatlah itu!

            “Kamu tengoklah dulu. Kalau-kalau ada yang tak kena, akak boleh alter. Pergilah masuk cuba dulu.” Kak Ida menyerahkan sepersalinan jubah labuh berwarna oren muda bermanik hitam di bahagian dada dan hujung lengan. Memang cantik!

            Huluran Kak Ida kusambut lalu bergerak ke arah fitting room yang terletak disuatu sudut yang agak terceruk. Beg sandang sudah awal-awal lagi kutitipkan kepada Nina. Tangan mula laju mengeluarkan busana cantik itu daripada plastik. Jubah oren itu kutekapkan ke badan bagi mencari keserasian. Cantik!

            Aku bergerak keluar. Baju ini memang betul-betul muat elok dengan tubuhku. Tak ketat. Longgar sangat-sangat pun tidak. Memadai tidak menampakkan bentuk badanku. Yang lebih mengujakan, jubah ini semakin kembang ke bawah. Jadi, tak payahlah aku nak control ayu kalau nak jalan dengan mengenakan jubah ini. Memang selesa sangat-sangat.

            “Ya Allah! Cantiknya kau, Pa!” Melopong kulihat Nina memandangku. Aku tersengih malu. Jubah di badan dibetul-betulkan.

            “Okey ke, kak?” soalku kepada Kak Ida. Kak Ida tidak pula bersuara. Begitu juga dengan Nina. Masing-masing macam ternampak hantu sahaja. Eh, kejap! Ada hantu ke kat belakang aku ini?

            Aku pantas berkalih ke belakang. Hanya deretan pakaian yang tergantung menyapa pandangan. Kupandang semula ke hadapan. Wajah Kak Ida dan Nina kutatap silih-berganti. Dan kena sampuk ke apa mereka berdua ini?

            “Hoiii! Assalamu’alaikum!” ujarku sedikit lantang. Habis hilang keayuanku. Kak Ida berdehem kecil. Langkahnya diatur ke arahku.

            “Cantiknya jubah yang akak buat.” Tiba-tiba Kak Ida bersuara. Dia mengambil tali pengukur dan disangkutkan pada lehernya. Dah macam doktorlah pulak!

            “Amboi akak! Naik kereta drive sendiri nampak!” perliku. Kak Ida kulihat tersenyum cuma. Nina pula sudah bergerak ke arah kami. Alida digendongnya.

            “Betullah kak. Cantik betul jubah yang akak buat ini,” tutur Nina sambil membelek-belek jubah di tubuhku. Tangan kananku diangkat ke paras bahunya. Manik-manik hitam yang cantik bersulam ditelek.

            “Hello… Tolong sikit. Tengoklah siapa modelnya. Harap maklum, terima kasih,” ujarku. Amboi Aufa, kata kat orang. Kau itu pun masuk bakul angkat sendiri!

            “Baju yang cantik tak ada kena-mengena dengan model ya. Tapi, kalau aku yang pakai, mesti bertambah-tambah keserian baju ini. Kan, Kak Ida?” Kulihat Kak Ida menggeleng kepala. Nina sudah menarik muncung panjang.

            “Tettt! Dua-dua salah. Akak seorang sahaja yang pakai nampak cantik.”

            “Kak Ida!!!” Serentak, aku dan Nina menjerit nama Kak Ida. Kak Ida menekup kedua-dua belah telinganya. Ketawa kami pecah.

            “Isy, korang ini. Boleh pekak telinga akak ini tau!” bebel Kak Ida. Tali pengukur melingkar di pingangku.

            “Okey tak ni? Longgar sangat ke?” soal Kak Ida.

            “Tak kut akak. Rasanya dah okey dah ni. Ketat sangat pun tak. Longgar sangat pun tak. Sedap-sedap aje,” balasku.

            “Pernah rasa, ke?” Kak Ida melepaskan lingkaran tali pengukur itu. Aku mengerutkan dahi tanda tak faham.

            “Rasa apa?”

            “Dah kata sedap. Pernah rasa, ke? Teringin jugak akak nak merasanya,” ujar Kak Ida selamba.

            “Kak Ida!!” Kuat menyakat betul Kak Ida ini. Berjangkit dari siapa, ye?

            “Alaa.. Gurau-gurau aje. Hot sentap betul kamu ini, Aufa.”

            “Mana tak hot sentapnya akak, darah tengah manis,” tokok Nina lagi. Dia tayang sengih kepadaku. Dah mula mereka berdua bersatu.

            “Dahlah, malas nak layan. Aufa tukar baju dululah.”

Aku terus mengatur langkah ke arah bilik persalinan. Mujur tidak ada pelanggan malam ini. Kalau tak, sah-sah mereka masuk butik ini, kemudian keluar balik. Selepas itu, masuk balik. Iyalah, papan tanda di luar tulis Butik Gladies, tapi di dalam, macam Zoo Taiping sahaja dengan hiruk-pikuk suara kami bertiga. Kira, bertiga bersatulah. Sorry, Alida tak cukup umur lagi.

“Baju ini dah boleh ambil ke, kak?” Aku menghulurkan jubah tadi kepada Kak Alida.

“Kalau tak nak alter kat mana-mana dah. Bolehlah ambil sekarang.”

“Ambil siap-siaplah akak. Banyak benda lagi tak settle,” putusku. Aku ini kan terlebih rajin. Harus faham itu.

“Okey, kejap akak taruk dalam beg.”

Kak Ida bergerak ke meja kaunter. Aku pula bergerak ke arah sofa semula untuk mengambil beg sandangku. Kemudian, langkah diatur ke arah kaunter. Alida melentokkan kepalanya di bahu Nina. Nina menjungkit kening memandangku. Tak jealous! Tak jealous!

“Berapa kak?” Purse coklat gelap kukeluarkan dari dalam beg sandang.

“Macam biasa,” ujar Kak Ida sambil tersenyum lebar. Duit nak masuk, siapa tak suka? Keching! Keching!

Aku turut tersengih. Beberapa keping not lima puluh ringgit kuhulurkan kepada Kak Ida. Kak Ida mengira kepingan not tersebut. Baru sahaja aku ingin menyimpan semula purse ke dalam beg, Kak Ida menyuakan sekeping not lima puluh kepadaku. Aku termangu seketika.

“Ambil,” ujar Kak Ida. Not lima puluh ditangannya ditunjukkan kepadaku.

“Eh! Tak payahlah, kak. Akak tolong buat pun dah besar rahmat. Dahlah saya beritahu last minute,” tolakku lembut. Kak Ida.. Kak Ida..

“Ambil.” Kak Ida masih berkeras. Duit itu diletakkan dalam genggaman tanganku. Aku serba salah. Tak ambil nanti dikatanya tak sudi pula. Tapi, kalau ambil, memang boleh serbu Baskin Robinslah selepas ini.

“Betul ke ni, kak?” soalku takut-takut. Dibuatnya Kak Ida ini nak main-main, macam mana?

“Betul. Ambillah. Hadiah sempena kamu nak tunang,” ujar Kak Ida seraya tersenyum. Alahai… Baiknya kak kita malam ini.

Aku tayang sengih. “Terima kaish Kak Ida! Sayang akak gila-gilalah macam ini.” Tangannya kugenggam. Seronok!

“Kamu seorang yang gila sudahlah. Jangan nak melibatkan akak pulak!” balas Kak Ida selamba.

“Kak Ida!”

“Okey-okey. Akak gurau aje.”

“Tahu… Okeylah, akak. Kita orang gerak dulu. Ingat nak singgah Kinta City sekejap. Ada barang yang tak sempat beli lagi,” beritahuku.

Kak Ida hanya mengangguk faham. Kemudian, matanya beralih ke belakang melepasi bahuku.
Hoiii mak cik! Udah-udahlah tu. Tak nak balik, ke?” soalku kepada Nina yang masih lagi galak mengagah Alida. Penat budak itu dibuatnya. Gelak tak henti-henti dari tadi.

“Kejap!” Nina menapak ke arah kami. Beg tangan disangkutkan di bahu kanannya. Manakala, sebelah tangan lagi mendukung Alida. Dah macam mak budak sahaja kulihatnya.

“Okey, Kak Ida. Senang-senang datanglah ke rumah. Majlis tunang saya nanti tu, jangan tak datang pula ye, kak,” pesanku sebelum masing-masing bersalaman. Sempat aku mencuit lembut pipi tembam si kecil. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah!

***

            “Weh! Dah berapa kali tawaf ni. Kau nak ke mana sebenarnya ni?” Nina menarik lembut lenganku supaya berhenti. Kami bergerak ke arah bangku kayu kosong yang terletak ditengah-tengah ruang pusat beli-belah itu.

            “Entah,” jawabku sepatah. Sejujurnya, aku hanya ingin membawa diri. Tak kisahlah ke mana pun, asalkan kaki ini terus berjalan dan berjalan sehingga aku rasa penat. Ini memang tabiatku dari dahulu lagi. Apabila aku berasa tertekan atau sedih, aku akan keluar berjalan ke tempat ramai orang macam ini sambil memerhatikan gelagat mereka. Fikiran mesti tak kusut dah selepas itu.

            “Kaki aku sakit tahu tak,” rengek Nina. Dia mengurut-ngurut pangkal kakinya. Wedges yang dipakai, ditanggalkan seketika.

            “Itulah. Siapa suruh kau pakai kasut tinggi-tinggi sangat. Cuba tengok aku ni, pakai sandal aje. Kan senang nak jalannya,” balasku. Bukannya aku tak kasihan melihat si Nina ini, tapi, sengaja mahu menyakat.

            “Kau ni, hati batu betul. Bukannya nak pujuk aku ke apa. Ini tak, perli aku lagi adalah.” Ada rajuk pada suaranya. Aku tergelak kecil.
            “Alalalala… Anak mummy merajuk. Jom mummy belanja aiskrim, nak?” usulku. Bundar mata Nina memandangku. Dia pantas mengangguk setuju sambil menayangkan sengih. Sengih sahaja kerjanya.

            “Nak…” Pantas tanganku ditarik lembut. Kami berdua bergerak ke arah Baskin Robbins yang terletak di tingkat satu. Aku terkial-kial cuba menyaingi langkah Nina yang laju. Mak cik ini..

            Melayang lima puluh ringgit aku malam itu semata-mata untuk aiskrim. Aku memilih aiskrim saiz pint berperisa strawberry cheesecake. Ini baru pertama kali aku menikmati perisa ini. Selalunya Jamoca almond fudge sahaja.

            Kami duduk di suatu sudut yang menempatkan dua buah kerusi. Beg sandang kuriba. Sementara menghabiskan aiskrim yang sedap tahap menjilat sudu ini, banyak cerita yang kami kongsikan bersama. Becok sahaja mulut Nina bercerita tentang itu dan ini. Sehinggakan tak kering gusi aku dibuatnya.

            “Weh, kau nak tahu tak, Doktor A yang aku selalu cerita dekat kau tu kan, sejak belakangan ini asyik termenung aje.” Nina membuka cerita tentang seorang lelaki yang digelarnya Doktor A itu. Doktor A ini pun mula bekerja sekali dengan Nina. Menurut cerita Nina, mereka ini belum lagi bergelar doktor sepenuhnya. Kira, mereka masih lagi dalam pemantauan. Dari mula dia bekerja, mulutnya tak lekang menceritakan padaku tentang doktor ini. Ini angau tahap kronik dah ni!
            “Kau tak cuba masuk line, ke?” soalku berminat dengan ceritanya. Apalah salahnya kalau sesekali giliran aku pula yang melayannya. Selalu Nina kena dengar cerita sedih aku. Sekarang, giliran aku pula.

            Nina memuncungkan bibirnya. “Aku dah try dah. Adalah hari itu, aku ajak dia keluar lunch. Boleh pulak selamba dek dia tengok aku. Pergh! Cair babe! Kau nak tahu tak dia cakap apa?” soal Nina. Aku pantas mengangguk. Nak tahu juga apa balasan Doktor A itu.

            Nina berdehem sebentar sebelum bersuara, “Ramai lagi doktor perempuan yang awak boleh ajak. Kenapa perlu ajak saya?” Nina mengajuk cara doktor itu bercakap. Terburai ketawaku. Mujur tidak ramai pengunjung waktu itu. Selalunya setiap tiga puluh satu hari bulan ramailah. Ada diskaun tiga puluh satu peratus.

            “Kau tahu, malu gila aku time itu. Rasa macam nak balik menyorok dalam almari aje. Dah tu, selamba badak saja dia bangun then tinggalkan aku berdiri situ sensorang. Lepas itu, aku tak tegur dia dah. Kalau dia lalu pun, aku buat dek je,” ujar Nina lagi. Aku mengelap tepi bibirku yang agak comot. Boleh pulak si Nina ini buka cerita lawak masa aku baru nak menyudu aiskrim ke dalam mulut. Kalau tengah makan ikan, mahu tercekik dengan tulang-tulang ikan sekali.

            “Sampai sekarang?” soalku. Askrim disudu lagi ke dalam mulut. Sedap sungguh aiskrim Baskin Robbins ini.

            Nina mengangguk laju. “Silap aku jugak. Dah tahu dia itu alim sikit, gatal tangan jugak nak cucuk. Bab-bab pergaulan ini memang dia jaga sungguh. Kalau ada kerja yang melibatkan perempuan, mesti dia akan ajak any doktor atau jururawat lain teman. Kalau keluar lunch pula, mesti dia keluar dengan doktor lelaki aje. Tak pun, keluar sensorang.”

            Aku mengangguk mengerti. Masih wujud lagi lelaki yang betul- betul menjaga batas pergaulannya. Bertuah siapa yang menjadi isteri kepada lelaki tersebut. Tapi yang pasti, wanita itu bukan aku!

            “Tadi kau kata nak beli barang, kan?” Nina mengubah topik. Cerita Doktor A mati di situ. Tak sempat pula aku nak bertanya apa nama penuh doktor yang digelar Doktor A itu.

            Aku menepuk dahiku. “Ya Allah! Aku lupalah. Jam pukul berapa sekarang?”

            Nina menelek jam tangan yang melekap elok pada pergelangan tangan kirinya.

            “Sembilan dua puluh. Itulah, dari tadi duk tawaf satu mall, mana tak lupanya. Kau nak beli apa?” Nina menyudu aiskrim yang masih berbaki suku ke dalam mulutnya.

            “Aku nak beli sandal. Hari itu aku datang, tapi tak sempat nak beli. Balik rumah asyik teringat aje. Dahlah tengah sale sekarang ini,” balasku. Tanganku laju sahaja meyudu aiskrim ke dalam mulut. Takut tak sempat. Mahu malamku tidur tak lena.

            Selesai semuanya, aku dan Nina cepat-cepat menapak masuk ke dalam kedai kasut Vincci. Sebenarnya, kalau setakat nak beli sandal, dekat Ipoh Parade pun boleh. Tetapi, memandangkan aku tak pasti sama ada sandal jenis ini ada di sana atau tidak, lebih baik aku terus ke sini daripada merayau tak tentu hala di Ipoh Parade. Tak terasa, tak terasa.

            “Haa… Sandal inilah.” Aku mencapai sandal hijau berabstrak biru yang kulihat sewaktu membeli-belah hantaran pertunangan dengan Hakimi tempoh hari. Hari itu aku tak sempat nak belek lama-lama.

            “Miss, ada saiz lima tak?” Aku menunjukkan sandal itu kepada pekerja yang sedang tersenyum kepadaku. Kasut itu dibelek seketika.

            “Sekejap. Saya check dulu.” Aku menghadiahkan senyuman kepadanya lalu melabuhkan dudukku di sebelah Nina. Dia sedang tersenyum-senyum sambil menatap skrin telefon bimbitnya. Entah apa-apa sajalah si Nina ini.

            “Ada satu saja lagi. Untung betul.” Gadis itu menghulurkan sandal tersebut kepadaku. Aku meletakkannya ke atas lantai lalu sandal itu kucuba. Kemudian, aku berdiri dan menggerakkan kaki bagi mencari keselesaan.

            “Okey, saya ambil yang ini, ye,” putusku seraya tersenyum. Malas mahu berlama-lama di sini. Waktu pun sudah mahu beranjak ke angka sepuluh. Lebih baik aku cepat, kalau aku terkurung di Jusco Kinta City ini macam mana? Aku tak nak!

            Kemudian aku bergerak ke kaunter pembayaran. Not lima puluh kukeluarkan dari celah purse. Haih… Keluar duit lagi. Puasa sebulanlah selepas ini gamaknya!

            “Terima kasih, cik. Datang lagi.” Gadis yang sama menghulurkan beg plastik bercetak jenama barangan di luarnya.

            “Sama-sama,” balasku sepatah cuma. Aku bergerak ke arah Nina yang masih lagi khusyuk dengan telefon bimbitnya.

            “Dah jom. Amboi! Tersengih nampak, cik kak! Ada apa-apa, ke?” soalku. Aku cuba mengintai namun pantas sahaja telefon bimbit itu dilarikan ke belakang tubuh. Dia menjelir lidah kepadaku dan kemudian tayang sengih lagi.

            Aku mencebik meluat. “Tak bagi sudah. Iyalah, siapalah kita ni, kan?” rajukku. Saja nak berdrama sedikit malam-malam ini.

            “Oranglah. Tak kan beruang, kut? Tak nampak bulu pun,” balas Nina selamba. Budak ini kan! Aku cepuk jugak karang. Nina tayang sengih. Aku memaut mesra lengan kanannya.

Elok sahaja kami berdua ingin menapak keluar daripada kedai Vincci itu, seorang budak perempuan datang mendekatiku. Aku terkesima. Budak perempuan itu menghulurkan sejambang bunga mawar merah tiga kuntum berserta sebuah bantal kecil berbentuk hati di tengah-tengahnya. Hati aku sikit lagi mahu tercabut.

Aku mengukir senyum payah. “Ada apa, dik?” soalku takut-takut. Manalah nak tahu kut-kut budak ini sebenarnya nak tayang sahaja jambangan itu kepadaku. Buatnya aku yang terlebih perasan, tak ke malu?

Aku memandang Nina di sebelah. Dia turut memandangku dengan riak terkejut. Budak perempuan mencapai tangan kananku kemudian jambangan bunga itu bertukar tangan. Belum sempat aku ingin menolak dan bertanya lebih, anak kecil yang kukira dalam lingkungan enam tahun itu pantas berlari pergi. Aku cuba juga mengintai ke mana budak perempuan itu berlalu pergi namun, bayangnya pantas sahaja hilang dalam sesak orang ramai.

Aku mengeluh. Jambangan bunga di tangan kutelek lama.Masalah, masalah. Siapalah pula yang baik hati sangat nak derma bunga dekat aku malam ini, ni? Dah banyak sangat ke duit, itu? Entah-entah, budak itu yang silap bagi tak?

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering minta diangkat. Aku mengeluarkan gajet yang masih berdering dari dalam beg sandangku. Jambangan bunga tadi kuhulurkan kepada Nina. Dia turut memerhatikan gelagatku.

Skrin telefon bimbit kutatap dengan dahi berkerut seribu.

“Siapa?” soal Nina kepadaku.

Aku menjungkit bahu. “Entah. Unknown. Nak jawab ke, tak?”

“Jawab ajelah. Manalah nak tahu kut-kut orang yang bagi bunga ini minta pulangkan balik ke?” usul Nina. Aku berkira-kira sendiri. Pelik bin ajaib sungguh!

Akhirnya punat hijau pada skrin kusentuh dengan seribu debaran di dada.

“Hello?” suaraku takut-takut.

“Assalamu’alaikum.” Aku telan air liur. Suara lelaki di hujung talian meyambut bicaraku.

“Err… Wa..wa’alaikumussalam,” balasku sambil cuba menyedapkan hati sendiri. Jangan crank call sudah!

“Awak dapat bunga itu?” soal pemanggil itu lagi. Aku memandang Nina di sebelah. Dia menjungkit kening kepadaku. Hatiku makin tak senang duduk. Sah lelaki ini tahu di mana aku berada. Tetapi, siapa ye?

“Awak siapa?” soalku tanpa berselindung lagi. Aku cukup pantang kalau ada orang yang suka main-mainkan aku.

Terdengar helaan nafas di hujung talian. Aku makin sabar menunggu. Walhal, jantung sudah mahu tercabut!

“Pandang kanan,” arahnya. Tanpa banyak fikir, aku terus memandang ke arah yang dimaksudkan. Mataku melilau cuba mencari sesiapa yang sedang menggunakan telefon bimbit waktu itu.

“Mana?” soalku lagi tidak sabar. Bukan tak sabar mahu berjumpa dengan insan yang baik hati ini. Tetapi, tidak sabar ingin mengetahui insan mana yang telah salah kirim bunga kepadaku ini.

Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki bert-shirt hijau bangun daripada kerusi yang membelakangiku. Tangan kanannya memegang telefon bimbit. Hati aku makin tidak sabar ingin mengetahui gerangan tersebut.

“T-shirt hijau?”

Yes,” jawabnya sepatah. Serentak lelaki yang bert-shirt hijau itu berkalih ke belakang dan memandang ke arah kami. Dahiku berkerut seribu cuba mengingati gerangan lelaki yang berkaca mata itu. Namun, fikiranku terlalu berserabut untuk semua itu.

“SMK Suria, 2004.”

Aku terpana. Telefon bimbit nyaris sahaja terlepas daripada tanganku. Mindaku terbang semula kepada peristiwa tujuh tahun lepas. Air mata mula bergenang di kelopak mata. Bibirku terketar-ketar. Aku tak tahu apa yang aku rasakan waktu itu. Atau lebih tepat, aku tak tahu apa yang patut aku lakukan waktu itu. Aku terlalu takut untuk bersuara. Aku buntu. Aku takut.

“Doktor A?” Tiba-tiba Nina bersuara. Aku memandangnya. Dia turut memandangku.

“Dok.. Doktor A?” soalku gagap-gagap. Nina pantas mengangguk laju.

“Tu, yang pakai t-shirt hijau tu.” Nina menuding jari ke arah kanan. Aku melurut ke arah yang Nina maksudkan dan ternyata mataku jatuh jua pada gerangan yang sedang menapak ke mari. Jantungku mula mengepam darah bagi membekalkan oksigen ke seluruh badan. Aku rasa semput untuk bernafas. Aku perlukan air!

“Kenapa dengan kau ni? Macam ternampak hantu aje. Tapi, apa yang Doktor A buat dekat sini, hah?”

Doktor A? Maknanya selama ini...? Ya Allah..

***

ps : miss busy lah sekarang ini. kalau tak sempat update hari khamis nanti, korang bacalah entri nie sampai boleh hafal, okey? angguk jugak! *muahh!*

4 comments:

  1. MU ni segi tiga jugak ke?adusss...

    ReplyDelete
  2. kucoy : entah~ tak nak cakap apa-apa. :D tunggu next entry, kay? hari khamis karang, kalau tak busy, miss update MU 11. till then, jazakallahu khairan 'alaik :)

    ReplyDelete
  3. miss jgn la bt susupen mcm nie slalu..jantung sya dah la xkuat.asyk brdebar je bca n3 kali nie.bla2 msa je bleyh kiok..tlongg smbg cepat2 ye..;DD

    ReplyDelete
  4. ila : mau tak kuatnya. asik duk baca novel cinta jek! :P seriously, rasa macam nak pelempang diri sendiri bila cakap macam tuh! ^^ stay tuned, kay? kamsahamnida! :D

    ReplyDelete

Terima kasih! :D