Err.. Klik?

my stalkers

Cite Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Novel Mrs. Ustazah ni best ke tak?

Sunday, 12 February 2012

Bab 24 : Mrs. Ustazah

          Aku menapak keluar dari ruangan dapur dengan dua biji mug di tangan. Aroma kopi Davidoff CafĂ© yang berasap nipis menusuk hidung. Mata mula meliar di sekitar ruang tamu. Kosong. Tiada kelibat Hakimi di situ. Aku menjenguk pula ke luar rumah melalui cermin tingkap. Jelas pada pandanganku, dia sedang duduk di Gazebo yang malap sahaja lampunya. Tanpa berfikir panjang, aku titipkan mug di atas meja kopi di tengah-tengah ruang tamu sebelum bergerak ke tingkat atas untuk mengenakan tudung.
            “Nah…”
            Aku menyuakan mug merah di tangan kanan kepada Hakimi. Huluran bersambut. Tanpa disuruh, aku langsung melabuhkan duduk di hadapannya. Dia mencicip sedikit air kopi yang masih berasap nipis itu.
            “Next time, jangan pakai gula. Guna madu. Tambah creamer..”
            Aku pandang dia. Sempat lagi nak kritik itu! Dia memandangku sambil menjungkit kening. Geram!
            “Awak tak cakap pun tadi,” ujarku.
            “Dah awak tak tanya..” balasnya selamba. Aku mengancing gigi. Eeii.. geramnya dengan dia ini! Rasa macam nak simbah-simbah kopi hangat ni ke mulut celupar dia itu!
            “Manalah saya nak tahu.. Dah awak tak cakap apa-apa.”
            “Saya tengah cakaplah ni.” Dia pandang aku. Kemudian dia cicip lagi kopi itu. Aku jadi geram! Tak sedap  pun, hampir setengah jugak kopi itu dia bedal!
            Diam. Aku melemparkan pandangan ke arah pokok bunga yang tergantung elok di tepi. Kalau tak silap, ada bunga orkid merah jambu, putih, kuning dan juga beberapa sepsis pokok bunga lain. Macam pokok duit-duit pun ada satu pokok berjuntai ini.
            “Kau umur berapa, ek?” Tiba-tiba dia bersuara memecah hening suasana.
            “24 last 7 June. Kenapa?” soalku sedikit pelik. Mana tak peliknya, bintang tak nampak, matahari pun menghilang, tiba-tiba bertanya soal umur. Aku nampak tua, ke? Sedih..
            “Oh, kerja?”
Dia duduk bersandar sambil memandangku. Kalau dulu aku agak malu mahu beradu pandang dengannya, namun entah mengapa, malam ini, aku agak senang dengannya. Sudah lebih selesa mahu berbicara berdua-duaan begini.
“Saya rasa awak pun tahu. But, to make it clear, I’m teaching Biology and Add Maths.”
            “Eh, kau bukan ustazah?” soalnya sedikit terperanjat. Dipandangnya tubuhku atas bawah. Hish! Mamat ini, aku cungkil-cungkil biji mata tu kang!
            Aku menggeleng. “Nope! As I said earlier, seorang guru berdedikasi dan comel yang mengajar subjek Biology tingkatan 4 dan guru ganti sementara untuk subjek Matematik Tambahan.”
            Aku nampak dia mencebik. Eceh! Meluatlah tu. Menyampah betul aku dengan dia ini..!
            “Kenapa kau tak ajar subjek Pendidikan Islam ke.. bahasa Arab, ke? Kenapa perlu subjek Biology dengan Addmath jugak?”
Dia mencicip sedikit kopi di dalam mug di tangan. Pandangannya dilemparkan jauh ke hadapan. Aku turut merenung ke arah yang sama.
            “Entah.. Dah saya memang ambil kos Biochemistry dulu. Lainlah kalau saya ambil bahagian pendidikan agama ke.. linguistik ke..”
            Dia mengangguk setuju.
            “Now, tell me about yourself. Kerja apa? Kat mana? Kos apa? And, paling penting.. umur berapa?” Aku tarik sengih panjang. Eh, betul apa soalan aku. Teringin jugak nak tahu berapa umur suami pilihan hatiku ini.
            “Umur 28. Birthday 9th April. Profisien tetap, seorang suami!”
            Spontan tangan naik menampar perlahan lengan kanannya. Aku dengar dia gelak sakan! Cis! Tak guna punya Hakimi! Main-main pulak dia. Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab. Masalah bahasa betullah dia ini! Patutnya dia yang ambil kos linguistik atau literasi, bukan aku!
            “Orang tanya umur je. Yang pergi melalut sampai tarikh lahir tu, apa kes? Hish..”
            Tipulah kalau aku cakap aku menyampah betul-betul dengan Hakimi. Hakikatnya, hatiku kembang bahagia mendengar ayat terakhir darinya tadi. Walaupun kedengaran agak sengal di situ, tapi aku suka Hakimi yang ini. Hakimi yang selalu tersenyum, lucu dan yang paling aku suka, senyuman serta lirikan matanya apabila tersenyum! Sukar digambarkan perasan indah itu. Serius, rasa nak pengsan…!
            “Seriuslah.. Awak kerja apa? Hari itu kereta rosak, tinggal kat klinik. Awak, doktor ke?” soalku seraya mencantas rasa yang cuba bercambah di dasar hati. Mungkin benar dia selasa berbual denganku, tetapi, itu tidak bermakna dia sudah jatuh hati padaku. Aku perlu lebih berwaspada kali ini. Tak mahu tersilap langkah lagi menafsirkan suatu ketentuan yang belum pasti.
            “A veterinary to be exact.. Klinik tu baru je bukak about two years back. And, klinik itu aku kongsi dengan kawan aku. Aku pun on jelah..” terangnya tanpa kupinta.
            “Tak cadang nak bukak klinik sendiri?” Kalau tadi dudukku agak jauh kebelakang, kini tubuhku betul-betul rapat ke meja di tengah. Berminat pula mahu mendengar ceritanya malam-malam sebegini. Nampak menarik!
            “Ada.. And actually dah hantar pun permohonan. Kalau ada rezeki, tahun depan mungkin boleh..”
            “Perak jugak?”
            “Nope! Pulau Pinang..” Dia jawab selamba sahaja. Sedangkan aku, rasa nak pitam.
            “Pulau Pinang..? That’s mean, kita akan berpisahlah?”
            Huhu.. Baru nak berbaik, dah nak kena berpisah pulak. Sedihnya..
            “Berpisah? Kenapa nak kena berpisah pulak?” Dia merenung mataku memohon penjelasan.
            “Yelah.. Dah nanti awak kerja kat Penang. Saya pulak memang kerja kat Perak. Mana meeting pointnya, Hakimi oii..?” Nah, ambik! Sekali aku keluar nada orang tua-tua berleter. Pekat punya!
            Dia memanjangkan tangan lalu menarik bucu tudungku. Hampir sahaja melurut tudung ekspress ini kalau aku tak sempat menahan dengan tangan. Cepat-cepat aku betulkan letak duduk tudung.
            “Hish! Awak ni kan.. Janganlah tarik-tarik tudung. Buatnya terkeluar and jiran awak nampak tadi macam mana? Hish! Sengal betul!” rungutku. Habis terkeluar anak-anak rambut. Ini yang aku malas ini. Elok-elok saja tudung itu melitup kepala, dah jadi berserabut. Dia ini tak ada sensitiviti sivik betullah!
            “Kau tulah.. Cakap ikut suka hati dia je..”
            “Memang ikut suka hati saya, takkan ikut suka hati awak pulak?” balasku, lancang. “Ha.. ha..! Tengok tu! Nak jugak pegang tudung orang. Cuba tangan tu duduk diam-diam sikit.” Teguranku membuatkan tingkahnya terbantut. Dia mencapai mug kopi yang berbaki lagi separuh.
            “Kalau saya kat Penang, of course awak kena ikut saya, wahai ustazahku sayang..” ujarnya sambil meletakkan semula mug ke atas meja.
            “Tengok tu... ustazah lagi!”
            Hakimi tertawa dengan reaksi spontanku. Cis! Tak guna punya orang. Suka sangat buat aku panas muka macam ini. Ah, kipas, kipas..!
            “Yelah, yelah.. buah hatiku sayang, janganlah merajuk..” suaranya sambil mengenyitkan mata. Aku yang sedang menghirup kopi langsung rasa nak tersedak! Nak-nak apabila melihat senyuman kasanovanya itu. Aduhai.. boleh bikin hati cair secair-cairnya, kalau hari-hari macam ini. Oh, Hakimi!
            “Ceh! Buah hati konon. Hati ke mana, apa ke mana.. Mulut tak boleh manis lagi, ke suamiku sayang..?” tuturku dengan mimik muka yang sengaja dimaniskan. Tapi, manis pada ayat terakhir sajalah. Awal-awal itu, aku bagi jelingan maut punya! Suka sangat main-mainkan hati suci milikku ini. Aku takut kalau dah terbabas, payah nak balik lagi dah.
            “Aku tak sangka kau sayang kat aku..” Usai berkata demikian, ketawanya meletus! Kureng kau, Hakimi!
            “Dah-dah.. Case closed!” Cepat-cepat aku leraikan topik hati yang semakin mebuatkan aku tersalah tingkah saja. Aku tak mahu salah tafsir lagi. Aku sudah serik! Sungguhpun dia katakan sayang, aku akan menganggap itu hanyalah satu sindiran untukku. Jika dia katakaa cinta, aku mengerti siapalah diriku untukku.  Dan jika dia ucapkan sayang, aku tahu semua itu palsu semata-mata. Walaupun jauh di lubuk hati, aku harap dia betul-betul memaksudkannya. Sungguh, hati yang walang ini begitu mendambakan kasihmu, Dairish Hakimi. Tetapi, aku takut!
            “So, 28 tahun and a veterinar?” Aku mengulang kembali apa yang diucapkannya. Dia hanya mengangguk tanpa punya minat mahu bersuara.
            “Minat kucing?” soalnya pula padaku.
            “Err... bolehlah..”
            “Boleh bela kucing?”
            “Boleh cuba..” Aku tayang sengih padanya.
            “Takut tak dengan kucing?”
            “Takut jugaklah..”
            “Geli?”
            “Agaklah..” Ini apasal masuk topik kucing pulak ini?
            “Kata minat, suka. Tapi, takut pulak!” omelnya. Dia sudah menukar posisi duduk. Aku lihat elok sahaja dia duduk bersila sambil bersandar ke belakang. Kedua belah tangannya, naik mengampu kepala.
            “Suka tapi takut. Minat tapi geli!” ujarku berterus-terang. Aku ini ala-ala anti-kucing jugaklah. Nak-nak, kalau kucing ekor panjang yang suka datang menyentel pada kakiku. Kalau tidak memikirkan kenyataan bahawa makhluk Allah itu comel dan indah, dah lama aku tendang jauh-jauh. Dengan ekor yang meliuk-liuk, bulu yang gebu, suara yang manja.. Ah, terasa meremang pula tengkuk ini membayangkannya.
            “Dah tu, macam mana nak bela kucing nanti?” Eh?
            “Bela kucing? Bela kucing kat mana pulak, ni?” Aku menggaru atas kepala yang agak gatal. Tak faham sebenarnya dengan apa yang cuba Hakimi sampaikan. Bela kucing? Rumah ini mana ada kucing. Jiran sebelah kiri itu kut iyalah, ada bela kucing.
            “Kita akan pindah hujung minggu ni, nanti kucing kat rumah tu, takkan saya nak jaga seorang, kut? Apa guna ada isteri..” Cis! Sempat lagi nak menyindir aku kat situ. Yang awak tu pulak, perangai…! Macam tak ada suami aje.
            “Pindah ke mana pulak ni, Hakimi oii…” Kan aku dah nak bebal sekarang ini. Sudahlah aku mengantuk, lagi mahu bagi kejutan ke?
            “Eh, aku tak cakap, ke?” soalnya, pelik. Riak wajahnya turut menyatakan dia agak terkejut dengan soalanku.
            “Cakap apa, sayang?” Aku dah tak betul!
            “Yang kita nak pindah..?”
            Aku menggeleng. Terkebil-kebil mata menahan kantuk yang mula menguasai. Sudahnya, dengan selamba sahaja aku menopang dagu di hadapannya. Kalau tak tahan ini, aku tidur terus aje kat luar ini. Sejuk pun sejuk!
            “Kita akan pindah hujung minggu ini.”
            “Hah?! Nak pindah ke mana? Tak nak.. Kita duduk ajelah dengan ibu kat sini..” Aku cuba meraih simpati.
            “Rugilah rumah itu. Tak ada orang duduk..”
            “Sewa je, kan?” soalku dan dia mengangguk. “So, apa payah, awak cakaplah kat tuan rumah yang kita tak janji pindah. See, senang je kut..!”
            “Masalahnya, ibu tak suka kucing..”
            Aku jadi pelik! “So..?”
            “Siapa yang nak jaga anak kucing tu nanti?” soalnya kembali kepadaku. Apa benda yang dia merepek malam-malam ini, ni? Anak kucing mana pulak dah ni? Ah, aku tensyen! Aku mengantuk, nak tidur!
            “Mana ada anak kucing..”
            “Ada! Aku baru jumpa dua hari lepas. Kesian kucing tu, hilang mak..” Sayu saja aku dengar suaranya.
            “Dah tu, apa kaitan dengan kita, Hakimi? Awak bapak dia, ke?” soalku terus tanpa sempat menapis satu-persatu patah yang melunjur laju dari bibirku.
            “Aku ingat kau suka kucing.. Sebab itu aku ingat nak jaga anak kucing tu..” Hish! Hakimi ini pandai betul berlakon. Kan aku dah tumpah kasihan. Muka itu! Cuba jangan sedih sangat. Ini yang aku tak boleh ini!
            “Janganlah cakap macam ini.. Awak ni..” Aku menghela nafas berat. Wajah sayu Hakimi kupandang penuh simpati. Aduhai.. Kasihanlah pulak dekat suami aku yang seorang ini.
            “Yelah-yelah. Kita pindah minggu depan..” putusku. Aku tengok riak wajahnya berubah. Gembira bukan kepalang! Sehinggakan dia tak sedar bahawa dia sudah mencapai tangan kananku, lalu.. mengucupnya!
Dan aku di sini, tergamam! Kalau tadi kantuk bermaharajalela, sekarang aku terasa segar-bugar yang amat. Aku pandang wajahnya dan tangan kananku silih berganti. Masih erat dalam genggaman. Dan dia, masih tersenyum melihatku.
“Err.. awak..” Kata-kataku mati di situ. Pelbagai persoalan mula terbit dan berselirat di benakku. Kenapa malam ini kurasakan lain sekali? Aku rasa macam.. dia sudah mula sayangkan aku. Tetapi, betulkah firasatku kali ini?
“Apa?” soalnya apabila melihat lama aku mendiamkan diri.
“Tangan saya..” Aku menyorot pandang ke arah tautan jemari itu.
“Opss! Sorry!” Lantas, genggaman dileraikan. Dan aku rasa macam, separuh hatiku menghilang pergi.
“Jomlah. Dah lewat malam ini. Esok awak pun nak kerja, kan? By the way, thanks for the coffee and.. cat!” Dia sudah bangun dan mahu berlalu. Aku masih terduduk dan sesekali mengangguk mengiyakan kata-katanya.
“Sayang isteri abang ini!” Aku pantas mengangkat wajah demi mendengar dia berbicara sedemikian rupa. Serentak, dia mencubit perlahan kedua-dua belah pipiku.
“Selamat malam.. Mug ini jangan lupa bawa masuk dalam..” Kepalaku diusapnya perlahan dan terus berlalu pergi meninggalkan aku terkebil-kebil sendiri. Serta-merta, wajah terasa membahang. Aku memegang dada. Degupan jantung sudah tidak selari. Aku jadi tak tentu arah! Tolong sesiapa cakap itu hanyalah mimpi! Kenapa awak perlu mainkan hati saya, Hakimi? Tanpa kupinta, setitik air mata jatuh membasahi pipi. Baik-baik hati…
***
Sumber : google search engine

            Dengan lafaz basmallah, pintu luncur itu kutolak ke tepi. Gril besi bercat putih di dalam turut sama mengikut rentak. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam rumah teres dua tingkat itu, kembang-kuncup dada kurasakan. Hiasan ruang tamu tampak begitu kemas tersusun meskipun ringkas. Perabot-perabot yang dikenakan rata-ratanya padan dengan warna ruang. Rasa bangga pun ada. Maklumlah, rumah pertama!
            “Jom, aku tunjukkan bilik..”
            Aku jadi teragak-agak mahu melangkah.
            “Err.. awak.”
            Dia berpaling. Keningnya dijungkit sebelah. “Kenapa?”
            Aku memaut lembut pinggir bibir bawah. “Err.. kucing mana, kucing?”
            Aku nampak dia sengih keji. Heh! “Tak ada.”
            Bulat mataku memandang. Tak ada?! Apa maksud dia? Namun tak lama bila aku sudah dapat mencerna maksud patah ringkas itu.
“Awak tipu saya kan?”
            “Be your guess.” Terus dia menapak ke tingkat atas meninggalkanku terkebil-kebil sendiri. Ergh! Sabar jelah aku dengan dia ini! Tapi, lega sangat bila dia cakap sebegitu. Aku nampak awan hitam semakin berarak pergi berganti sang suria yang menyuluh pelangi. Ah, indahnya dunia!
            Aku mengikut Hakimi ke tingkat atas. Setiap langkah yang diambil, rasanya lain sekali. Terasa indah, bahagia, bangga dan tak sabar mahu menjadi suri di rumah ini. Walaupun rumah ini sementara cuma, tetapi bagiku, semua ini sudah lebih dari cukup. 
            Hakimi berhenti di hadapan sebuah pintu bilik. Beg yang kujinjit tadi, kuletakkan ke bawah. Aku menyorot pandang saat pintu bilik itu dipulas. Berdebar pula rasanya hati ini. Sebaik sahaja pintu terkuak dari luar, bilik yang bertemakan warna hijau muda dan putih itu menyapa pandangan. Perlahan-lahan, aku menapak masuk ke dalam. Ada senyum lebar yang menghiasi wajah tika ini. Hijau putih? Well, it’s not that bad.
            “Suka?”
            Aku mengangguk. Sambil-sambil itu, aku bergerak ke segenap ruang yang ada. Dari katil ke meja solek. Kemudian, ke almari pakaian, kamar mandi dan akhir sekali, ke tingkap bilik.
            “So, as for now, kau stay sini. Apa-apa hal, aku ada di bilik depan.”
            Tangan yang sedang menyebak langsir, langsung terhenti. Pandangan dihalakan ke arah Hakimi yang maish lagi tercegat di hadapan muka pintu. Dia turut memandangku seolah-olah bertanya kenapa.
            “Asing bilik?” soalku padanya.
            “Kenapa? Kau tak suka, ke?”
            Aku menggeleng. “Err.. tak. Saja tanya..” Aku merenung jemari kaki sendiri. Tipulah kalau aku kata aku tak kisah. Dalam hati, dah menangis darah, weh!
            “Good then.. Make yourself at home. Kejap lagi turun bawah, kita masak sama-sama.”
            Erk! Aku tergamam! Dia cakap apa tadi? Masak? Gulp!
            “Err, Kimi!” Dia tak jadi melangkah. Dia berpaling semula memandangku. “Masak..?”
            “Haah.. Kenapa? Kan kejap lagi nak lunch,” jawabnya selamba. Aku pula yang tengah terkulat-kulat kat sini.
            “Tak boleh beli?” Aku cuba mencari dalih. Alaa.. Aku tak gemarlah bab masak-memasak ini!
            “Kenapa?” soalnya kembali. Hish, dia ini! Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab. Ini mesti tak dapat A waktu Pemahaman untuk UPSR dulu.
            “Kan nak kemas barang lagi. Sempat ke nak masak bagai? Beli aje kan senang..” Aku cuba meraih simpatinya. Tolonglah faham, Hakimi.
            “Kemas baju je, kut. Malam pun boleh buat. Dah! Takde-takde, 15 minit lagi aku tengok kau tak ada kat bawah, siap kau..!” ujarnya dan terus berlalu. Dia ini, tak sempat aku nak senarai seribu satu alasan kat dia. Nasib.. Nasib..
            “So, Aufa Aulia. All the best for you..” ujarku sambil menepuk dada sendiri. Semoga Allah permudahkan segalanya. Harap-harap, menjadilah apa yang bakal kumasak nanti. Kalau hangit pun, kira cukup baik sangatlah itu!
***
            “Ya Allah!” Mengucap panjang aku dibuatnya. Geramnya rasa hati ini. Spontan aku senteng lengan baju ke siku. Tangan naik mencekak pinggang.
            “Hakimi!!!”
            Tiada respons! Aku jadi geram dan semakin geram.
            “Hakimi!!!” laungku sepenuh hati. Aku pandang lagi ke arah yang sama. Ya Allah, bersepah-sepah. Walaupun aku ini tak adalah rajin sangat, tapi tak adalah sampai macam ini jadinya.
            “Ha..”
            “Ye, ye! Aku datang ni. Apahal kau ni, terjerit-jerit macam orang jumpa pelesit!”
            Aku jeling dia di hadapan. Pelesit?! Memang pelesit pun. Kaulah! Grr..
            “Apa semua ini?” Aku menuding ke arah dapur sana. Melihatkan sengihan yang terukir di wajahnya membuatkan aku semakin geram dan geram.
            “Do it all, now!”
            “Hish! Macam mak nenek betul kau ni.” Sempat dia membebel sebelum bergerak ke arah sinki sana.
            “Ini berapa bulan tak cuci, ni?” Aku mencapai kain buruk yang tersangkut di satu sudut. Kain itu kubasahkan sedikit dengan air dan sedikit sabun pencuci pinggan. Walaupun geli, aku gagahkan juga diri ini mengelap tompokan sisa-sisa minyak dan makanan yang terdapat di sekeliling dapur gas. Ada jugak yang sudah kering dan melekat. Dah jadi satu hal pula nak kena sental kuat-kuat.
            “Err, tak ingat. Sebelum raya..”
            Buntang mataku memandangnya.
            “….kut!” Teragak-agak dia menyambung kata.
            “Ini macam mana nak masak kalau macam ini gayanya? Nak kemas semua ini pun bukan seminit dua. Mahu makan masa jugak ni!” bebelku lagi. Yes! Ada peluang nak beli makan luar. Fokus, Aufa, fokus! Jangan senyum. Serius, serius..!
            “Ala.. apa payah. Aku cuci semua ini, kau masaklah. Jap, aku cuci belanga dengan sudip dulu.”
            Erk! Alamak..!
            “Banyak, kut! Nak sental kotoran degil macam awak ini bukan senang. Nanti tak bersih, boleh dapat food poisoning ni!” Aku reka lagi. Sempat aku perli dia sekali. Bantai jelah. Janji selamat…
            “Tak apa, aku sental kuat-kuat.”
            Hish, dia ini! Nak jugak suruh aku masak. Karang daripada sihat walafiat, terus dapat keracunan makanan gara-gara makan masakan aku. Uwaa..! Aku tak tahu masak! Umi, macam mana ini?!
            “Beli jelah.. Sesungguhnya, setiap detik itu amat berharga. Tak baik kita bazirkan kalau ada alternatif lain yang lebih menjimatkan masa.” Aku cuba lagi. Kali ini, aku guna pendekatan psikologi sikit.
            “Dan sesugguhnya, membazir itu adalah amalan syaitan. Kenapa perlu bazir kalau ada semua bahan yang boleh digunakan untuk memasak di rumah. Kalau tak guna, rugi saja semua ini. Bukannya tahan lama sangat!”
            Hakimi memulangkan paku buah keras kepadaku. Sekali terkena, tepat ke batang hidung sendiri terus! Sudahnya..
            “Eh, mana boleh masukkan sayur dulu. Kenalah tumis bawang dulu.
            Aku tak jadi memasukkan kesemua sayur sawi ke dalam belanga yang sedang panas. Erk! Mana aku tahu!
            Cepat-cepat aku capai pula bawang besar yang sudah dipayung terlebih dahulu. Berdesir bunyi apabila minyak panas bertemu bawang. Agaknya, macam inilah gayanya apabila aku hidup dengan Hakimi di dalam rumah ini. Harap-harap, akhirnya sebatilah seperi bawang dan minyak ini.
            “Masukkan udang pula..”
            Aku sambut huluran mangkuk yang berisi udang halus itu. Kali ini, tiada pula bunyi desiran seperti awal tadi. Adakah itu simbolik kepada.. cahaya mata?
            “Gaulkan bagi sebati semua. Kejap lagi, masukkan sayur dan air sedikit,” arahnya lagi. Aku tersentak saat tangannya melekap pada belakang tapak tanganku.
            “Waktu memasak, jangan berangan. Aku ada je kat sebelah kau ni, tak payah nak teringat yang lain,” tuturnya membuatkan aku langsung berkalih ke belakang. Kepala terpaksa kudongakkan sedikit.
            “Kenapa? Tak betul apa yang aku cakap?” soalnya lagi. Eh, eh mamat ini! Aku goreng mulut tu, kang!
            “Yelah-yelah. Awaklah yang salah, saya jelah yang betul..” Malas betul nak bertekak soal ini. Alih-alih semua dia yang nak menang jugak. Huh! Tahu sangat dengan Hakimi itu!
            “Salah tu..! Aku yang betul, kau yang salah..”
            Aku jadi geram. “Yelah honey-bunny. Awak yang betul, darling yang salah. Eeii.. dah-dah! Pergi duduk jauh-jauh! Rimaslah!” Aku menarik tanganku yang sedari tadi bersatu dengan tangannya. Tak betah aku macam ini. Aku dengar dia gelak, sakan! Tetapi, aku buat dek aje. Malan nak layan lebih-lebih. Hati aku ini, siapa yang nak ubat kalau dah tangkap cintan? Huhu.. sedih…
            “Darling masak elok-elok tau. Honey-bunny ada kat depan. Apa-apa jerit je, macam selalu!”
           “Tak payah nak darling, honey-bunny bagai sangatlah kan!” Huh! Makin ligat dia ini mengusik aku. Dahlah tengah panas, makin panas dengan telatahnya yang semakin meresahkan sekeping hati ini.
            “Ye, darling?” Sempat lagi dia menjawab!
            Cis! “Dah, keluar-keluar..” Aku mendorong tubuhnya ke muka dapur. Kacau betul dia ini. Makin hari, makin pelik perangainya. Aduhai hati.. sabarlah ye..?
            “Masak dengan penuh kasih sayang ye, darling? Jangan lupa jerit, nanti.”
            “Argh! Tensyen..!” Aku menekup kedua-dua belah telinga.
            Dia ketawa lagi. Huh! Rasa nak ketul-ketuk aje sudip ini ke wajahnya. Tapi.. tak sanggup! Habis tak kacak suami aku nanti. Hee..
            “Pandai darling, honey-bunny ini. Masak elok-elok, tau,” pesannya lagi.  
“Apa-apa jelah, Hakimi oii..! Geram betul dengan awak ini. Dah, pergi sana jauh-jauh!” Aku tunjal bahunya ke belakang. Tawanya masih bersisa. Huh! Geram sungguh hati ini! Rasa macam nak ikat saja mulut dia!
Heh, sanggup ke?
***
PS : Minta maaf! Hanya ini yang termampu. Belum sempat edit, segala typo diminta abaikan. Terima kasih banyak-banyak! :)

~Fi Mardhotillah, Insya-Allah~

15 comments:

  1. best...nak lagi...miss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, ain! segala kekurangan amatlah dikesali. :)

      Delete
  2. tak puas!!!
    sweetnyeee my hakimi tuhh <3
    mane nak jumpa the real hakimi nih?
    *im melting*
    ohh hakimi!!!!
    p/s:nak dua kali seminggu !
    <3 <3 <3 <3 <3 <--nak yang panjang dalam MU 25!!
    cerita nihh ade macam vanila coklat sikit. :)
    so sweett!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! erk! nak sama, ke? takpe2, miss akan ubah sikit nanti. kekeke
      btw, thank you CK sudi baca dan komen! thank you so much! :)

      Delete
    2. tak de lah totally same..
      cite tuh kawen paksa n bercinta lps dorang kawen...
      kalau miss wat laen sikit mesti menarik..
      tp kalau same boleh je..tak jadi masalah pon..
      btw nak panjang2 tau dlm MU 25 nnti! :)

      Delete
  3. MISS!!!!!!!! I Like This Entry much much!!!! BIG LOVE for you! hehehehehe
    Honey bunny~~ sukanyaaaa~~~!!!! kekalkan lerr honey bunny - darling tu!!!!

    miss, kalau pakai lappy, baru saya shoutout. kalau pakai phone, comment je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! hye m! lama tak jumpa :)
      sokay, m! m baca pun miss dah rasa happy sangat!

      apa-apa pun, thank you m, sudi baca dan susah payah hit some comments on this! sangat menghargainya! :')
      terima kasih, banyak-banyak! ;)

      Delete
  4. miss, bab 25 buat panjang-panjang tau .. hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaza! Minta maaf lambat balas komen awak! ;)

      Insya-Allah, miss akan post separuh-separuh dulu. Sebab agak panjang bab 25 ini. Sekali lagi, terima kasih, Syaza! :)

      Delete
  5. salam , hye miss . bez la cite miss nie . cinta2 tpy ade gak sebot psal agam . sooo good . da lma ikot cerita miss nie . bez !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam! :)

      Hye, awak! ;)
      Haha! Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak sudi baca dan komen! Insya-Allah, new entry's coming this Sunday, kay? Thank you! :D

      Delete
  6. mmm...tipikal lambakan novel2 melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ^_^

      Thank you Anony, sudi baca dan komen.
      Minta maaf, hanya ini yang termampu. Insya-Allah, miss akan cuba perbaiki dan selitkan sedikit kelainan dalam entry dan cerita yang akan datang.
      Sekali lagi, terima kasih, awak! =)

      Delete
  7. As salam.hai miss.saya bru bce cerita miss ni.best cerita ni.congrats miss.. =)
    saya nak tya ni,ada musykil sikit.hehe.dr petikan:
    “24 this coming 4th September. Kenapa?” soalku sedikit pelik.
    -bukan aufa dh smbut birthday 24 ke dkt bab 15 dgn mariana mse dkt pizza.hehe..-

    btw.sweet sgt hakimi n aufa ni. =)

    -izz-

    ReplyDelete
  8. kak misss...brpe dapat kalau buat novel ek??hehe

    $__$..

    ReplyDelete

Terima kasih! :D